| Benarkah PKM Pengganas? Siri III |
|
|
|
| Ditulis oleh R.A Kartini |
| Rabu, 17 November 2010 00:00 |
|
(Dialog Bersama Pejuang - SIRI III) “BENARKAH PKM PENGGANAS”
Ikuti Dialog seterusnya....bersama Sdr. Afandi dengan kupasannya yang sangat adil walaupun terhadap muslihat kuasa-kuasa jahat. Untuk kali ini soal budaya, pendidikan dan falsafah perjuangan juga akan disentuh. R.A.Kartini : Soalan seterusnya saudara, dalam perjuangan membebaskan negara, di satu pihak menentang penjajah dan di satu pihak lagi iaitu Inggeris mengaku melindungi rakyat terutamanya orang-orang Melayu. Bagaimana saudara melihat perkara ini...? Saudara Afandi :Jadi, satu kenyataan yang jelas, terumum sejak zaman dahulu lagi, apa-apa pihak pun, pihak penceroboh yang mengguna kekuatan jahat mereka membuat pencerobohan dan kejahatan semuanya menggunakan perkataan mulok-mulok, untuk melindungi tujuan jahatnya. Berbagai kata-kata yang mulok-mulok supaya sedap didengar di reka-rekakan bagi tujuan menipu. Umpamanya, Jepun menyerang Malaya, apa semboyannya... ? Membantu orang Melayu menghalau British untuk merdeka...! Maka itu KMM terpedaya lalu bekerjasama dengannya.... Ketika Jepun menceroboh Tiongkok juga begitu, katanya untuk membantu rakyat Tiongkok supaya memakmurkan negara itu. Semuanya begitu...! Jadi, British juga sama... Jadi, apakah sebenarnya kepentingan orang-orang Melayu ? adakah tidak dilindungi olehnya mereka... Sebenarnya memang benar mereka melindungi kepentingan orang Melayu tetapi bukan kepentingan rakyat jelata... yang miskin. British memang telah melindungi kepentingan golongan bangsawan Melayu. Sebab itu mereka.... kelas bangsawan ini begitu bekerjasama dengan British walaupun dalam masa yang sama rakyat jelata telah di tindas. Mereka hidup melarat mengharung nasib tanpa pembelaan.
R.A.Kartini : Beralih kepada soal yang lebih istimewa iaitu, selama lebih kurang dua tahun kami bertemu dengan bekas kader-kader parti PKM kami dapat mereka sangat baik. Begitu bersopan santun, hormat dan sangat ikhlas bukan sahaja sesama mereka tetapi terhadap orang luar seperti saya sendiri. Watak ini sangat bertentangan dengan segala tohmahan yang dilemparkan terhadap perajurit PKM. Sama sekali tidak seperti yang digambarkan di dalam cerita-cerita di TV atau media lain di Malaysia. Sepanjang pengalaman saya belum pernah saya bertemu dengan orang-orang sebaik mereka. Sdr. Afandi, bolehkah jelaskan sedikit sebanyak rahsia sebenar PKM tentang bagaimana mereka dapat mengasuh dan membina sahsiah bekas-bekas perajurit ini hingga menjadi mereka begitu luhur ?
Saudara Afandi : Jadi hal ini, saya boleh ceritakan secara ringkas kerana kalau mahu diteliti ceritanya sangat panjang. Yang pertama ialah kerana semua perajurit adalah daripada kalangan rakyat. Mereka adalah orang-orang biasa yang miskin. Selepas masuk tentera pembebasan mereka ditanam dengan sifat-sifat lemah lembut dan rasa insaf. Keinsafan ini adalah titik mula untuk mereka berjuang demi rakyat dan bukan diri sendiri. Mereka masuk tentera pembebasan atas kerelaan dan tidak dipaksa oleh sesiapa pun. Mereka adalah orang biasa dan bukan manusia istimewa... ! Bagi kita tentera kita ada tujuan yang besar perjuangan dan tujuan politik yang jelas iaitu untuk membebaskan rakyat dan membebaskan negara. Sifat tentera kita berbeza dengan tentera penjajah ! Yang dikatakan tentera rakyat itu ialah tentera yang jelas perjuangannya iaitu membela kepentingan rakyat. Contohnya, kita ada empat disiplin dan sepuluh peringatan untuk menjaga kepentingan rakyat. Di satu segi lain, tentera kita adalah bersifat demokrasi. Dalam tentera kita sistemnya adalah sama rata... sama taraf !. Tidak kira pegawai atasan atau perajurit bahawan. Dalam kerja memanglah ada yang memimpin dan dipimpin. Ini suatu yang mesti kita faham dengan jelas. Dalam soal layanan pegawai atasan dan bawahan adalah sama setaraf dan sama rata. Ertinya pegawai atasan tidak boleh sembarangan main tekan menekan yang di bawah. Ini tidak sama dengan tentera British. Perajurit bawahan boleh ditampar dan ditendang sekalipun. Dalam PKM kalau ada sesiapa yang buat begitu mereka akan dihukum dengan hukuman yang keras. Dan lagi, jika pegawai atasan ada kekurangan dan kelemahan ia juga boleh dikritik dan mereka perlu menahan telinga dengan rendah diri. Dalam gerak kerja ini, asal saja ada masa terluang didikan akan di beri. Ada dua aspek penting. Pertama... aspek pendidikan tentera iaitu pendidikan politik. Didikan ini berdasarkan satu falsapah terkenal Mao Tse Tung... katanya “ Tentera yang tidak berbudaya.. adalah tentera yang bodoh...” Sebab itu parti kita sangat mementingkan soal budaya ini. Aspek kedua ialah pendidikan budaya iaitu mengajar bahasa dan mengenal huruf. Perajurit PKM kebanyakannya adalah orang miskin. Ramai dari mereka tidak sempat bersekolah dan buta huruf. Saya sendiri hanya sempat belajar selama dua tahun sebelum masuk PKM. Mereka juga dididik dengan pengetahuan tentang ilmu politik. Apakah yang dikatakan politik...juga apa itu pemerintahan dan bagaimana menyusun organisasi politik. Satu aspek lagi ialah didikan falsafah iaitu mengenai pandangan dunia dan pandangan hidup... ertinya supaya tiap-tiap perajurit menekankan pandangan yang tepat dan jelas terhadap dunia. Dunia ini bagaimana sifatnya, apa pandangan kita terhadap kehidupan, ertinya harus menjadi seorang manusia yang bagaimana ? manusia yang hinakah, atau manusia yang mulia ada akhlak yang tinggi, menjadi manusia yang jujur, ikhlas dan berkhidmat untuk rakyat. Inilah pandangan hidup semua, semua orang. Ada juga kehidupan demokrasi, yang dikatakan kehidupan demokrasi ini ialah satu majlis kritik dan kritik diri. Ertinya dalam hal ini, atasan dan bawahan sama-sama dalam satu majlis. Masing-masing mengkaji diri, satu bulan misalannya mengkaji diri ada apa kekurangan atau kesalahan, kaji diri. Semasa sesi ini kawan-kawan yang lain memberi teguran atau kritik, misalnya saya dapati kamu ada apa kekurangan, tunjukkanlah. Jadi sama ada atasan atau bawahan tak kira dalam masa ini sama rata. Ini kehidupan demokrasi. Dalam soal kehidupan ada juga demokrasi umpamanya kehidupan ditentukan, belanja kehidupan sudah ditentukan, satu bulan seorang RM50. Jadi RM50 ini macam mana nak diurus. Memang kita melantik seorang kawan, pengurus menjalankannya. Tapi ada juga mesyuarat tentang kehidupan kawan-kawan boleh mencadangkan cara-cara menguruskan kehidupan ini. Dan dalam pandangan dunia kita menganjurkan melawan sikap individualisma.Iaitu melawan fikiran yang mementingkan diri. Mengubahnya atau menganjurkan semangat kolektif atau semangat mementingkan kepentingan umum, kepentingan rakyat. Ertinya semua orang menekankan satu anggapan dan pandangan dalam satu, satu hal... Kalau merugikan diri tidak mengapa tapi tak boleh merugikan kepentingan orang lain dan kepentingan umum atau kepentingan rakyat. Selain itu menganjurkan semangat bertolong bantu antara satu sama lain. Di samping itu, ada pertandingan lagi, pertandingan kita adakan satu pergerakkan menilai perajurit baik, ditentukan berapa perkara. Umpamanya dari segi soal tolong bantu, di segi semangat kerja, di segi semangat berkhidmat untuk rakyat, ditinjau siapa buat dengan baik dalam berapa perkara ini. Masing-masing berlumba-lumba dan bertanding untuk menunjukkan kebaikan di segi ini. Sampai rancangan ini tamat, maka diadakan penilaian secara demokrasi. Adakan mesyuarat masing-masing keluarkan fikiran, kawan ini bagaimana kelakuannya, layak ke tidak menjadi perajurit baik. Bersambung.... Quote this article on your site To create link towards this article on your website, copy and paste the text below in your page. Preview : ![]()
Benarkah PKM Pengganas? Siri III Rabu, 17 November 2010 (Dialog Bersama Pejuang - SIRI III) “BENARKAH PKM PENGGANAS” Ikuti Dialog seterusnya....bersama Sdr. Afandi dengan kupasannya yang sangat adil walaupun terhadap muslihat kuasa-kuasa jahat. Untuk kali ini soal budaya, pendidikan dan falsafah perjuangan juga akan disentuh. R.A.Kartini : Soalan seterusnya saudara, dalam perjuangan membebaskan negara, di satu pihak menentang penjajah dan di satu pihak lagi iaitu Inggeris mengaku melindungi rakyat terutamanya... © 2012 - TongkatBahaman.com Powered by QuoteThis © 2008 |


















